KUALA LUMPUR, 21 JUN: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian yang disediakan bagi mengelakkan terpaksa beratur panjang untuk berurusan di kaunter semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.